Siapa Kami ?

Team Home Tuition Khalilah


Lokasi : P4 G 11 Pinewood Court Apartment 
Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor



 





Home Tuition Dyana Bangi

Lokasi : Pangsapuri UKM Bangi




Home Tuition Zubaidah
Lokasi : Gombak Utara



Home Tuition Abel
Lokasi : Telok Panglima Garang Kuala Langat


Team Personal Tutor Semenanjung Malaysia

Selangor












Nurul Diyana Binti Azlan
Seorang tutor yang ceria dan berdedikasi mengajar. Beliau berpengalaman mengajar personal tutor PT3 subjek Sains dan Matematik serta mengajar pelajar SPM di sekitar Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
Pada pertengahan tahun 2016, beliau berhijrah ke Dungun Terengganu kerana mengikut suami. Minat yang mendalam untuk mengajar  telah mendorong beliau memulakan Home Tuition Diyana. Subjek UPSR yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Selepas tamat sesi persediaan UPSR 2016, beliau telah kembali semula ke Bandar Tasik Puteri Rawang. Namun Home Tuition Dungun masih diteruskan oleh tutor lain di bawah bimbingan beliau. Terkini beliau menubuhkan Home Tuition Dyana Bangi di Pangsapuri UKM Bangi untuk subjek-subjek UPSR PT3 dan SPM.
Puan Diyana merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains.Bachelor Degree Of Science (Hons).

Nurul Suhada binti Setia 
Mula mengajar semenjak 2013. Bermula dengan mengajar kelas mengaji Quran sampai khatam, kemudian menjadi guru tadika dan mengajar pelajar 4 tahun dlm semua subjek,asas menulis,mengeja,mengenal dan membaca. Pencapaiannya,anak didik sudah boleh mengenal huruf jawi dan rumi dan ada yag sudah pandai baca iqra pada usia 4 tahun.
Penglibatan dalam dunia tuisyen apabila beliau mula mengajar tusyen pelajar Spm dalam subjek Sains, Bahasa Melayu, Perdagangan dan Bahasa Arab . Beliau turut mengajar pelajar PMR subjek Sains dan Bahasa Arab. Pncapaiannya anak didik beliau mendapat A dalam subjek Bahasa Arab dan Perdagangan dan yang Latin B+
Minat yang mendalam untuk menjadi guru mendorong beliau untuk mengajar di Sek Ren Agama dan Sek Men Agama subjek agama (bahasa Arab dan tauhid). Berpersonaliti happy go lucky (ceria) dan sangat penyayang adalah faktor pelajar menyenangi beliau.
Waktu bersekolah dahulu, beliau telah mendapat 9A dalam Spm,mumtaz SMA Dan STAM. Beliau adalah peserta syarahan dan pidato Bahasa Arab dan Melayu terbaik sekolah. Sekarang beliau sedang belajar di UIAM dalam pengajian Ijazah Pendidikan Bahasa Arab.
Beliau seorang yang akan sedaya upaya membantu pelajarnya untuk berjaya dan suka berkongsi pengalaman atau tips yang ada sebagai pedoman pelajar. Beliau juga mempunyai skill untuk pembelajaran mudah difahami.


Siti Nur Amira Izati bt. Jafri
Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Arab serta subjek Diniah.
Mendapat iIjazah Sarjana Muda usuluddin dari Universiti Mu'tah Jordan.
Pernah berkhidmat sebagai guru ganti pendidikan islam selama 8 bulan di Smk Seksen 19 Shah Alam. Sekarang bekerja sebagai guru bahasa Arab dan tahfiz Quran di Sri al-Furqan seksyen 27 Shah Alam .
Seorang yang ceria dan mudah mesra dengan pelajar. Minat yang mendalam untuk menjadi seorang pendidik mendorong beliau menekankan suasana belajar yang menyeronokkan.
Nurul Wahidah binti Rosli


Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik sekitar Bandar Tasik Puteri Rawang.

 Mempunyai ijazah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Syariah dari Universiti Yarmouk Jordan. Mula mengajar di sekolah KAFA pada tahun 2008. Pada tahun 2016 beliau terlibat sebagai tutor kelas intensif UPSR dan SPRA. Bertugas sebagai Eksekutif Syariah Complience Review di CIMB Berhad. Menyediakan kelas tuisyen di rumahnya untuk subjek-subjek UPSR dan SPRA/Diniah pada waktu cuti sekolah dan hujung minggu.

Nurul Bayani Binti Packir Mohammad 
Cikgu Bayani mula mengajar pada tahun 2010. Setiap kali cuti pertengahan semester dan cuti semester, beliau akan memenuhkan jadual dengan mengajar. Beliau mengajar semenjak zaman diploma sehinggalah beliau tamat pengajian ijazah pada tahun 2015. Beliau pernah mengajar di sekolah agama dan tadika, bekerja di pusat tuisyen  dan home tuition mengajar subjek sekolah rendah UPSR, sekolah menengah PT3 dan SPM dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Perdagangan. Beliau berpengalaman mengajar pra sekolah membaca hingga lancar membaca dan menulis serta berpengalaman mengajar pelajar istimewa (OKU) untuk membaca dan mengira.
Beliau mengajar sekitar Saujana Utama Sg Buloh, sekitar Shah Alam, Bandar Country Homes, Bandar Tasik Puteri, Tun Teja Rawang.

Beliau sangat gigih dan minat mengajar dan belajar serta suka berkongsi ilmu dan kemahiran dengan anak-anak murid. Peribadi beliau yang lembut dan penyabar membuatkan beliau mudah didekati oleh pelajar. Cikgu Bayani mempunyai diploma Sains Kuantitatif (CGPA 3.68) dan Ijazah Sains (kepujian) Matematik (CGPA 3.70). Beliau merupakan penerima anugerah dekan pada September 2011, Mac 2012, Oktober 2012, Mac 2013, Disember 2013, Jun 2014 and Disember 2014. Terkini beliau baru menamatkan pengajian peringkat master di UITM Shah Alam.
         

MOHD SHAMSUL KAMAL
Cikgu Shamsul merupakan tutor kegemaran pelajar terutamanya pelajar lelaki kerana kaedah penyampaian yang santai dan bersahaja. Beliau mempunyai pengalaman mengajar lebih 14 tahun. Sebelum ini beliau merupakan pensyarah di USM (2003-2013). Dalam tempoh itu juga beliau terlibat sebagai guru tuisyen di beberapa buah pusat tuisyen. Kemudian beliau berkhidmat sebagai CEO Office Platinum Sdn Bhd (2014-2015). Terkini beliau merupakan pengarah projek Persatuan Inovasi Muda.Sepanjang beliau menyertai team tutor kami, banyak feedback positif klien mengenai anak-anak yang semakin yakin diri untuk ke hadapan. Kami yakin kehadiran Cikgu Shamsul bukan sahaja dapat membantu dari sudut akademik malah membantu pelajar membina motivasi diri mereka.Untuk booking personal tutor Cikgu Shamsul mulai November ini, WhatsApp 0194737645




SITY ZUBAIDAH 
Pertama kali saya berkenalan dengan Cikgu Sity Zubaidah pada tahun 2013. Orangnya lembut, tegas dan bersungguh-sungguh. Seorang guru yang penyayang dan berdedikasi. Cikgu Sity Zubaidah Binti Mohd Aziz sebelum ini pernah menjadi guru di Reed’s Tutorial School, Bandar Seri Begawan, Brunei pada tahun 2004. Beliau berpengalaman mengajar tuisyen subjek-subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Ekonomi Asas dan lain-lain. Inshallah hujung November 2016, Home Tuition Zubaidah Gombak Utara akan dijalankan di rumah Cikgu Sity Zubaidah. 
Untuk mendaftar kelas berkumpulan Home Tuition atau personal tutor WhatsApp 0194737645 (booking mulai November 2016)




MAZZURA
 Cikgu Mazzura Wan Chik mula berkhidmat sebagai tutor sepenuh masa pada tahun 2011 hingga 2014. Kemudian beliau telah menyambung pengajian sambil bekerja di UITM namun masih terus mengajar tuisyen pada sebelah malam dan hujung minggu. Beliau merupakan team tutor yang kedua pernah saya ambil. Saya ambil beliau waktu diri masih tenat slip disc. Setiap pagi kami training mengajar dan hampir setiap petang dan malam beliau mengajar. Waktu bertemu kami berbual tentang pelajar-pelajar kami. Memikirkan cara dan pendekatan untuk membantu pelajar. Kepada mereka yang berminat untuk booking kelas personal tutor dengan Cikgu Mazzura boleh booking mulai Oktober 2016.
Mazzura Wan Chik
Master of science (pharmaceutics)

MOHD RIZUWAN

           
 Cikgu Rizuwan mula mengajar tuisyen personal semenjak zaman sekolah. Beliau bertanggungjawab menemuduga dan melatih tutor lelaki di dalam team kami. Kepakaran beliau adalah menambat hati pelajar lelaki yang tidak minat belajar, bermasalah disiplin dan tidak menunjukkan sikap yang baik. Beliau mempunyai sijil Kursus Asuhan Kanak-Kanak PERMATA dan pernah menguruskan sebuah taska. Beliau merupakan tutor separuh masa subjek Fardu Ain & Quran, Matematik, Fizik, Sejarah, Ekonomi Asas, Pengajian Am dan Perdagangan.
Mohd Rizuwan Bin BorhanSarjana Muda Kejuruteraan Elektronik





NUR KHALILAH

Cikgu Khalilah mula mengajar tuisyen semenjak 2002 iaitu semenjak zaman persekolahan di surau-surau sekolah. Sewaktu di alam kolej beliau meneruskan minat sebagai mentor kepada rakan-rakan sepengajian. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke USM Pulau Pinang dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan terutamanya yang melibatkan pendidikan. Beliau pernah terlibat mengajar subjek Bahasa Inggeris di beberapa madrasah di Selatan Thailand, memberi latihan pengurusan organisasi kepada badan-badan NGO di Selatan Thailand, memberi latihan pengurusan organisasi kepada badan-badan pertubuhan dan persatuan di Malaysia, terlibat dalam misi pendidikan anak-anak Orang Asli di Perak, pembinaan madrasah dan pembangunan kebajikan di Kg Thom Kemboja, pembinaan madrasah di Gurun Kedah, Malaysia dan melatih para tutor untuk mengendalikan kelas tuisyen menggunakan pendekatan psikologi.
Beliau merupakan mantan Timbalan Pengerusi II Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (2009-2010) dan memegang amanah sebagai Timbalan Pengerusi II Pertubuhan Belia Halaqah Malaysia (2011 hingga kini). 
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru ganti di sekolah dan bekerja di pusat tuisyen pada tahun 2010 untuk beberapa bulan dan kemudian membuka Home Tuition BTP di rumah. Pada tahun 2013 beliau menubuhkan Pusat Tuisyen BTP dibantu oleh 9 orang tutor sepenuh masa dan beberapa orang staf sokongan. Pada tahun 2015, beliau menjual pusat tuisyen tersebut bagi menumpukan perhatian kepada kesihatan anak. Kini beliau merupakan tutor separuh masa dan memfokuskan perhatian untuk membantu team kami menjalankan operasi home tuition di Selangor dan Terengganu dengan harapan dapat membantu kaum wanita dalam bidang ekonomi dan membantu anak-anak mendapatkan sentuhan teknik belajar yang berkualiti.
Beliau mengajar subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan lain-lain.
Nur Khalilah Rasyidah Binti Abd Karim
Sarjana Muda Teknologi Industri BPC
Minor Psikologi Abnormal


 YUSNIDAR BINTI ADNAN
Cikgu Yus berpengalaman mengajar tuisyen semenjak tahun 2008. Beliau aktif menjalankan Home Tuition di rumahnya dan rumah pelajar serta mengadakan kelas online untuk subjek Matematik Tambahan. Beliau fokus subjek Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Sains. Cikgu Yus merupakan graduan University of New South Wales, Sydney, Australia. Pernah berkhidmat sebagai Arkitek Dalaman KLCC Architectural Division, Petronas (1992-1993). Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pembantu Jurulatih di Nanang International SB (1994-1995). Pada tahun berikutnya beliau berkhidmat sebagai Marketing Director Align  Concept (M) SB (1997-1998). Kemudian beliau menjadi Pengarah E Gallant Vision SB (2000-2001). Pernah terlibat dalam bidang konsultan kesihatan termasuklah program LKIM for Malaysian Seaweed Pavillion di MIHAS (1998-2009). Kemudian terlibat dalam industri berkaitan Stevia (2010-2013).
Beliau merupakan cikgu yang berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mengajar serta sangat menekankan peningkatan prestasi para pelajar. Beliau banyak menggunakan alat bantu mengajar supaya para pelajar lebih mudah faham terutamanya subjek Sains. Bagi subjek Bahasa Inggeris, beliau turut membuat persediaan ujian lisan supaya para pelajar dapat bertuur dengan fasih dan penuh keyakinan. Untuk booking personal tutor Cikgu Yus mulai Oktober ini, WhatsApp 0194737645
Yusnidar Binti Adnan·         Australian Capital Territory Year 12 Certificate (A Level) 1983
- Double Major - Maths
- Major - Physics and Chemistry
- Minor - Industrial Arts Sarjana Muda Seni Bina


MUHAMMAD AIN 

Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Matematik sekitar Rawang Selangor.

 Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Addiniah Dong Raub, Pahang,Mempunyai ijazah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Syariah dari Universiti Yarmouk Jordan. 
Menekankan asas yang kukuh dalam kefahaman pelajar melalui pendekatan yang berhikmah (berpsikologi). Bepersonaliti ceria dan ramah membuatkan mudah mesra dengan pelajar. Bersungguh-sungguh mendidik dengan harapan melihat anak didik menjadi orang yang lebih yakin diri dan bermotivasi tinggi.
 Bertugas sebagai Eksekutif Syariah Affin Islamic Bank Berhad, Kuala Lumpur, Malaysia.. Menyediakan kelas tuisyen di rumahnya untuk subjek-subjek UPSR dan SPRA/Diniah pada waktu cuti sekolah dan hujung minggu.



Norfaizah Ismail Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sastera dalam Bahasa Inggeris. Berpengalaman mengajar sejak tahun 2009 selepas graduasi. Ini termasuk di kolej, pusat tuition, rumah kebajikan anak yatim, dan juga tutor peribadi.
Turut giat sebagai penterjemah buku, skrip, filem dan drama. Mudah didampingi serta dibawa berbincang, antara kelebihan peribadi sebagai guru yang membuat murid selesa semasa sesi pembelajaran.
Sentiasa terbuka kepada pandangan serta idea baru. Percaya bahawa setiap pelajar adalah unik, dan bukan hanya ada satu cara sahaja untuk mengajar setiap individu. Guru harus pandai menganalisa anak didiknya, dan mengajar dengan cara terbaik berasaskan keperluan murid.










Melaka


Kedah


Perak


Johor









Comments

Popular Posts